Monday, February 25, 2008

PEGAWAI BERTUGAS DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SRI HARTAMAS

PEGAWAI PENJAGA BALAI
PB II HAMID BIN DAUD
PB YAZLI BIN YAHYA

PB ABDUL LATIF BIN MAT NUYOB

PB ROSLI BIN ARIS

PB HAYADUDIN BIN ATAN

PB MUHAMMAD HUSAINI BIN MOHAMAD ZAIN

PBW JOSEPHINE AK POJEN

PB ROSLI BIN IBRAHIM

PB MOHAMAD ZAILANI BIN YAHYA

PB RASHID BIN MAMAT

PB MOHD RIZUAN BIN HASAN

PB ROSLAN BIN LATIP

PB SHAHARUDIN BIN MAT DAUD

PB MOHD SHAHRIL BIN SAMSUDIN

PB SHARIL BIN SAFRI

PB SUHAIRUNNIZAN BIN SULAINI

PB MOHAMAD ZAIDI BIN ISMAIL

PB ZAINAL ABIDIN BIN YUSOFF

PB MUGUNDTHAN A/L KRISHNASAMI
PB MOHD NAZRI BIN ABDUL GAFAR

PB MAT NURI BIN MOHAMED

PB AHMAD KHAIRI BIN HARUN

PB ANUAR BIN HASAN

PB AZKHAN BIN HAMDAN

PB MOHD NOR AZMI BIN RAHMAT

PB BAHRON BIN AMZAH

PB MOHD FAIZAL BIN BASRI

PB MOHD FISOL BIN ABD RAZAK

PB MOHD HAZLAN BIN HALIM

PB HISHAM BIN MURITH

PB SHAMSUL ARIFFIN BIN KAMARUNZAMAN

PB MOHD IZAN BIN ISMAIL

PB KAMARUZI BIN MOHD NOR


































Saturday, February 23, 2008







ALAMAT DAN NO. TEL


ALAMAT


Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas

Jalan 23/70A,

Desa sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur.


NOMBOR TELEFON


03 - 62032559

03 - 62032071


NOMBOR FAX


03 - 62032498


E-MAIL


SEJARAH BALAI BOMBA SRI HARTAMAS







BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SRI HARTAMAS mula dibina pada 2 April 2001 dan telah siap pada 11 November 2002 dengan menelan belanja sebanyak RM 10,055,429.92. Penyerahan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat adalah pada 18 Disember 2002.

Pada Januari 2003 dengan kekuatan Pegawai seramai 1 Pegawai Bomba Gred KB 22, 1 Pegawai Bomba Gred KB 17, 3 Ahli Bomba Gred KB 16, 4 Ahli Bomba Gred KB 14 dan 16 Ahli Bomba Gred KB 11 bersama 1 jentera FRT Scania, 1 Mitsubishi Pajero dan 1 Van Isuzu membolehkan Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas beroperasi sepenuhnya.

Pada 8 Mac 2003 Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas telah dirasmikan oleh YB Dato’ M. Kayveas.

Selama 5 tahun beroperasi, Balai ini telah menerima 3 Pegawai Penjaga Balai iaitu ;

1 Januari 2003 - 3 September 2006

PBII NAWAWI BIN SUKARDI

3 September 2006 – 15 Januari 2007

PBII ARIFF BIN HJ MOHAMED KASSIM

15 Januari 2007 – Sekarang

PBII HAMID BIN DAUD

Kini, Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas mempunyai kekuatan Pegawai seramai 1 Pegawai Bomba Gred KB 22, 34 Pegawai Bomba Gred KB 17 termasuk 2 Pegawai wanita. Manakala jentera pula, 1 jentera FRT Scania, 1 TTL Magirus, 1 Mitsubishi Pajero dan 1 Van Isuzu.

UNIT PILI BOMBA







Unit Pili Bomba bergerak secara aktif bagi memastikan penyelenggaraan dilakukan dengan baik dan sempurna bagi kegunaan pasukan operasi ketika pemadaman dibuat.

Statistic yang diperolehi dari unit ini pili bomba dibawah jagaan Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas adalah 749 Pillar Hydrant, 121 Ground Hydrant awam manakala 127 Pillar Hydrant swasta.

Bagi kerosakan pili bomba didapati pili bomba diturap denga tar/tanah/pasir sebanyak 6 unit, pili bomba bocor (paip pecah) 3 unit, spindle valve patah/ketat/tidak berfungsi/hilang sebanyak 100 unit, Batu ‘H’/Tiang Pili Bomba patah sebanyak 5 unit dan chamber pili bomba dipenuhi pasir/tanah dan lain-lain sebanyak 8 unit.

Bagi kerosakan yang lain pula pili bomba dihalang sebanyak 3 unit, kotak chamber pili bomba hilang sebanyak 5 unit, outlet cap pillar hilang sebanyak 50 unit dan lain-lain masalah berkaitan sebanyak 34 unit.

Dari segi penyelenggaraan pili bomba ; menguji pili bomba dibuat sebanyak 819 unit, membersih pili bomba sebanyak 316 dan mengecat pili bomba sebanyak 18 unit.

OBJEKTIF JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA



JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk memberikan khidmat pencegahan dan memadam kebakaran, menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusian yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti MS ISO 9001:2000.

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi yang dijalankan oleh Jabatan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5(1) & (2) di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :

Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.

Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.


Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraan dan pengawalseliaannya yang sempurna.

Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.


Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia boleh selain daripada tugas-tugasnya di bawah Subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas yang lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diarahkan oleh Menteri untuk dilaksanakan.

VISI DAN MISI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA



Visi Jabatan adalah untuk menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan bertaraf dunia.



Untuk mencapai misi ini kami komited untuk memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan secara professional dan unggul untuk melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar serta memberikan perkhidmatan kemanusiaan di semua keadaan bencana.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA


Komitmen kami kepada masyarakat adalah memberikan khidmat kebombaan dan penyelamatan yang professional dan berkesan.


Kami berjanji sentiasa bersedia memberi khidmat kemanusiaan.


Kami berjanji untuk mempastikan dan menentukan aspek-aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran dibangunan-bangunan sentiasa mematuhi undang-undang.


Kami berjanji sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran kepada orang ramai dengan efektif.